OBESITI - FAKTOR RISIKO PENYAKIT 3 SERANGKAI
Apa yang anda tahu tentang OBESITI @ OBESITY ....obesiti merupakan suatu keadaan dimana seseorang individu mempunyai berat yang sangat berlebihan iaitu Body Mass Index (BMI) 30 dan ke atas. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana obesiti di Malaysia sudah menjadi trend dan fenomena dikalangan penduduk negara ini. Untuk makluman anda...obesiti merupakan satu faktor risiko yang boleh mengakibatkan PENYAKIT JANTUNG, TEKANAN DARAH TINGGI, STROK, KENCING MANIS dan Barah @ kanser.
Untuk makluman kita semua...obesiti di negara ini semakin meningkat apabila lebih 16.8 juta orang atau 60% daripada 28 juta penduduk menghidap masalah obesiti mengikut laporan Menteri Kesihatan pada tahun 2012. Statistik ini sangat-sangat mengerunkan dan menakutkan...bayangkan 6 daripada 10 orang daripada kita adalah OBES. Adakah anda tergolong dalam golongan OBES ini??? Jika TIDAK...Alhamdullilah....jika YA....anda perlu buat sesuatu....
Cepat bertindak buat sesuatu jika anda tergolong dalam golongan yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes. Jangan tunggu sehingga anda mendapat penyakit 3 serangkai yang saya sebutkan di atas. Selamat berusaha .....Nak ke Nak Kurus?
ANDA NAK KURANGKAN BERAT
No comments:
Post a Comment