Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....
Alhamdullilah.....dapat memulakan hari ini dengan nikmat kesihatan daripada Allah SWT yang berterusan.....masih dapat melihat matahari memancarkan sinaran cahayanya....masih dapat menghirup udara yang segar dan masih boleh melakukan aktiviti harian dengan kudrat yang Allah SWT berikan kepada saya....Saya juga mendoakan anda semua sentiasa sihat dan cergas seperti sedia kala.
Apa perasaaan anda jika bangun pagi-pagi tetiba anda rasa tak boleh nak gerakan kaki @ tangan, @ badan anda? Mesti anda akan bersedih dan susah hati kan? Kenapa aku jadi begini? Betapa pentingnya kesihatan dan kecergasan untuk kita pelihara dan jaga agar kita sentiasa boleh melakukan apa sahaja yang kita kehendaki.
Saya teringat akan sebuah hadis yang meminta kita menjaga dan menggunakan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara yang berbunyi seperti dibawah:
Rasulullah Shalallahu'Alai hi Wasalam, bersabda
إِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَا بَكَ قَبْلَ هَرَ مِكَ ، وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ ، وَ غِنَا كَ قَبْلَ فَقْرِ كَ ، وَ فَرَا غَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ ،وَ حَيَا تَكَ قَبْلَ مَوْ تِكَ
“Gunakanlah yang lima sebelum datang yang lima: Masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum datang masa miskinmu, masa lapangmu sebelum datang masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang kematianmu.”
(HR Al-Hakim; sanadnya shahih)
Berdasarkan hadis diatas dapat dikatakan bahawa kita dianjurkan untuk menjaga kesihatan sebaik-baiknya agar dapat meneruskan kehidupan dan dapat beramal dengan sebaiknya. Mencegah sesuatu penyakit daripada berlaku adalah lebih baik daripada mengubati penyakit tersebut.
Untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan, terdapat pelbagai cara boleh dilakukan iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas, menjaga pemakanan dan tabiat makan, sentiasa melakukan senaman dan riadah dan banyakkan berdoa memohon kepada Allah SWT agar sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan.
No comments:
Post a Comment