Wednesday, 16 December 2015

FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN OBESITI

Entri sebelum ini saya telah menyebut tentang obesity.  Tentu anda semua dah tau apa itu obesity. Bagi anda yang masih tak tahu apa itu obesity, mari saya jelaskan untuk anda. Obesiti bagi takrifan saya ialah keadaan dimana berat badan @ lemak yang berlebihan dalam badan seseorang.  Lemak yang berlebihan tersimpan mendap didalam badan.  Jika merujuk kaedah BMI, 30 dan ke atas  adalah obes. Walau bagaimanapun penilaian peratus lemak badan adalah lebih tepat. Seseorang individu boleh dikategorikan sebagai obes sekiranya peratus lemak di dalam badan melebihi 25 peratus bagi lelaki dan 35 peratus bagi wanita.

Saya juga suka mengambarkan obesity ini sebagai satu fenomena atau trend penyakit masa kini. Saya menyebutnya sebagai fenomena 3G….ehhh…tentu anda hairan apa pula kaitan 3G yang diwarkan2 oleh syarikat telekomunikasi yang gah seperti Celcom, Maxis Digi atau yang seangkatan dgnnya dengan masalah obesity ini. Jangan panic… Fenomena 3G yang saya maksudkan adalah fenomena dimana kita dapat melihat semakin ramai orang disekeliling kita atau kita sendiri yang  kelihatan Gebu, Gempal dan Gemuk (3G).  Anda rasa betul ke betul?  Fenomena 3G telah melanda negara kita.  Pada pandangan saya, fenomena 3G dalam kalangan generasi milenia kini semakin hari semakin meningkat dan keadaan ini sangat membimbangkan.  Di tambah lagi dengan laporan daripada WHO yang menyatakan Malaysia negara orang gemuk tertinggi di Asia Tenggara.







Kenapa kita perlu bimbang dengan obesiti?   

Obesiti dianggap sebagai satu penyakit apabila tisu- tisu lemak menjadi keterlaluan dan memburukkan lagi keadaan apabila masalah obesiti ini boleh menyebabkan gangguan dan mencederakan organ-organ vital badan dan seterusnya boleh menyebabkan masalah kesihatan yang kritikal seperti penyakit Jantung (kardiovaskular), strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kencing manis (diabetes) dan lain-lain lagi penyakit berbahaya. Selain daripada itu, masalah obesiti ini juga akan menyababkan seseorang itu terhad untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal dan sosial dan juga boleh menyebabkan jangka hayat seseorang itu juga menjadi singkat.

Apa faktor yang menyebabkan obesiti di Malaysia semakin meningkat?

Saya berpendapat terdapat 4 faktor utama yang menyebabkan fenomena 3G ini meningkat iaitu:

1. Kurang aktiviti fizikal – Aktiviti fizikal seperti senaman sangat perlu untuk membakar kalori dalam tubuh badan. Jika anda makan dengan berlebihan dan tidak diseimbangi dengan senaman, maka berat badan anda akan bertambah naik. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti lebih mudah untuk mendapat obesiti. Kehidupan yang sentiasa dalam keadaan yang senang lenang @ mudah dengan adanya kemajuan teknologi juga boleh menyebabkan obesiti. Ini kerana kita sudah kurang menggunakan pergerakan fizikal kita seperti mencuci pakaian dengan mesin automatic, menyapu lantai dengan menggunakan penyapu robot yang boleh dikawal menggunakan alat kawalan, permainan video game, televisyen dan sebagainya. Kini dengan adanya internet yang menjadiakan dunia tanpa sempadan dan media social yang semakin interaktif dan global seperti facebook, Instagram dan sebagainya menyebabkan kita kurang untuk melakukan aktiviti fizikal. Kita lebih seronok melayan media-media social ini sehingga nak berenggang dengan handphone atau smartphone pun sangat sukar. Sekiranya aktiviti fizikal tidak dilakukan secara berterusan maka adalah tidak mustahil akan menyebabkan obesiti ini meningkat dari hari ke sehari. 




2. Pemakanan seimbang – Makanan seimbang adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kita digalakan untuk mengikut pyramid makanan yang telah digariskan bagi memastikan makanan @ kalori yang kita ambil dalam sehari adalah sesuai dengan keperluan badan kita. Pengetahuan dalam pemilihan jenis makanan juga adalah sangat penting bagi memastikan jenis makanan yang dipilih mengandungi zat dan witamin yang lengkap untuk badan dan kesihatan.  Secara puratanya , kita disarankan untuk mengambil kalori sebanyak  lebih kurang 1800-2000 kcal  bagi wanita dan lebih kurang 2000-2200 kcal bagi lelaki. Keperluan kalori adalah berbeza diantara individu kerana keperluan individu adalah tidak sama. Pengambilan makanan yang tinggi lemak, tinggi gula boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak fiber, sayuran, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita juga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus.



Mengambil kurang makanan pula akan menyebabkan perut lapar dan kurang bertenaga. Apabila tenaga kurang, sistem badan akan secara automatik mengambil kalori dari sumber lain untuk ditukar menjadi tenaga iaitu sel-sel otot dan sel-sel lemak. Biasanya sel-sel otot lebih mudah untuk ditukar menjadi tenaga berbanding sel-sel lemak. Oleh itu, berat badan akan menurun, tetapi penurunan dalam jisim otot dan kandungan berat air sahaja. Sebaliknya lemak masih kekal. Bila sel-sel otot berkurangan, kadar metabolisme akan menurun. Bagi setiap 1 kg otot, badan berupaya membakar kalori 200 -300 kalori sehari. Maknanya jika sel-sel otot sudah berkurangan, secara tak langsung kadar menggunakan kalori juga menurun. Pada satu tahap, penurunan berat badan akan terhenti buat seketika kerana sel-sel otot sudah tidak diambil lagi untuk ditukar menjadi tenaga. Sistem badan akan melakukan perubahan di mana ketika ini sel-sel lemak pula akan ditukar menjadi tenaga. Ini biasanya akan mengambil sedikit masa. Kebiasaanya, ketika ini ramai yang sudah berputus asa untuk tidak berdiet lagi. Bila kita mengamalkan semula cara pemakanan kita yang lalu, biasanya berat badan akan naik lebih cepat. Ini kerana sel-sel otot yang sudah berkurangan yang mana kadar metabolisme juga menurun. Jadi walaupun kita makan kadar yang sedikit tetapi sistem badan tidak berupaya membakar kalori yang banyak.


3. Persekitaran -  Jika dilihat, apabila seorang kanak-kanak itu dibesarkan di dalam persekitaran yang menganggap gemuk sebagai satu simbol kemakmuran dan kekayaan, maka tidak mustahil kanak-kanak tersebut cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka anak-anak yang obesiti ini tidak akan mengalami masalah-masalah psikologi berkaitan dengan kegemukan. Dalam zaman kemajuan teknologi ini kita terutamanya kanak-kanak banyak disogokkan dengan pelbagai jenis iklan makanan ringan yang tidak sihat. Selain itu keadaan persekitaran kita juga dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan tidak berkhasiat juga semakin bersepah-sepah dimana-mana sahaja bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan mendedahkan kita @ anak2 untuk mendapatkan makanan tersebut dengan mudah.




4. Keturunan – Faktor keturunan juga dapat mempengaruhi rupa bentuk seseorang. Berdasarkan kepada penyelidikan yang dibuat di Amerika Syarikat, membuktikan bahawa anak-anak dari keturunan ibu bapa yang bertubuh normal mempunyai 10% peluang untuk menjadi gemuk. Peluang itu akan bertambah menjadi 40% - 50% sekiranya salah seorang sama ada ibu atau bapa mengalami masalah berat badan dan seterusnya akan meningkat kepada 70% - 80% jika kedua- duanya adalah dari golongan obes. Kegemukan ini boleh diturunkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Sebab itulah, sering kali dapat kita lihat apabila ibu dan bapa yang gemuk cenderung untuk mendapat anak yang gemuk juga. Di dalam hal ini, faktor genetik telah turut menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh badan. Selain itu, taraf hidup seseorang turut memberikan sumbangan kepada masalah obesiti ini. Secara amnya, dapat dilihat anak-anak yang berbadan comel kebanyakkannya berasal daripada golongan keluarga yang mempunyai taraf hidup yang kaya dan senang.













Monday, 14 December 2015


OBESITI - FAKTOR RISIKO PENYAKIT 3 SERANGKAI


Apa yang anda tahu tentang OBESITI @ OBESITY ....obesiti merupakan suatu keadaan dimana seseorang individu mempunyai berat yang sangat berlebihan iaitu Body Mass Index (BMI) 30 dan ke atas. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana obesiti di Malaysia sudah menjadi trend dan fenomena dikalangan penduduk negara ini. Untuk makluman anda...obesiti merupakan satu faktor risiko yang boleh mengakibatkan PENYAKIT JANTUNG, TEKANAN DARAH TINGGI, STROK, KENCING MANIS dan Barah @ kanser. 




Untuk makluman kita semua...obesiti di negara ini semakin meningkat apabila lebih 16.8 juta orang atau 60% daripada 28 juta penduduk menghidap masalah obesiti mengikut laporan Menteri Kesihatan pada tahun 2012. Statistik ini sangat-sangat mengerunkan dan menakutkan...bayangkan 6 daripada 10 orang daripada kita adalah OBES. Adakah anda tergolong dalam golongan OBES ini??? Jika TIDAK...Alhamdullilah....jika YA....anda perlu buat sesuatu....






Cepat bertindak buat sesuatu jika anda tergolong dalam golongan yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes. Jangan tunggu sehingga anda mendapat penyakit 3 serangkai yang saya sebutkan di atas. Selamat berusaha .....Nak ke Nak Kurus?

ANDA NAK KURANGKAN BERAT






Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Kesihatan dan Anda - Penyakit 3 serangkai 

Hari ini saya nak kongsi sedikit tentang penyakit yang sangat meletop di negara kita Malaysia yang tercinta ni....Anda tau apa penyakit yang meletop di Malaysia sejak akhir-akhir ni? 

Kalau anda katakan BARAH @ Cancer....jawapan anda kurang tepat.......anda nak tau?

Jawapannya sangat mudah...sudah tentu le penyakit 3 serangkai yang semakin meningkat kes dan kadar kematianya di negara kita ni. Apa yang anda tau tentang penyakit 3 serangkai ni? Macam BOM berantai ke? 

Apa yang saya maksudkan dengan penyakit 3 serangkai adalah penyakit yang POPULAR di Malaysia sekarang ni ialah penyakit KENCING MANIS (DIABETES), DARAH TINGGI, dan PENYAKIT JANTUNG....nah anda tentu percaya dengan apa yang saya sebutkan dengan penyakit 3 serangkai ini. Betul kan?

Dahulu, mitos mengatakan penyakit ini hanya dihidapi oleh orang-orang yang kaya....saya pun tak pasti kenapa dinyatakan demikian....mungkin disebabkan oleh tekanan kerja dan tabiat makan orang-orang kaya....Tetapi hakikatnya sejak kebelakangan ini...di zaman milenia ni...penyakit 3 serangkai ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja....tidak mengira pangkat dan darjat...kaya atau miskin...cantik atau hodoh....tua atau muda.....semua orang berisiko untuk menghidap penyakit 3 serangkai ini....Anda rasa kenapa ye semua orang berisiko mendapat penyakit ni??? Mari kita fikirkan dan lihat sekeliling kita...

Pada pandangan saya, ada 2 sebab utama yang menyebabkan semua orang berisiko untuk mendapat penyakit 3 serangkai ini......GAYA HIDUP dan PEMAKANAN.

Gaya hidup generasi milenia sekarang dah semakin berbeza dengan generasi dahulu. Ini ditambah lagi dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi dalam semua bidang dan disemua tempat. Dimana-mana sahaja hatta di rumah terdapat teknologi dan kemajuan yang memudahkan kerja kita seharian...maka semakin malas le kita nak bergerak menggunakan kudrat dan fizikal kita. Bukannya saya nak salahkan teknologi dan kemajuan yang kita perolehi....cuma kita kena pandai memanfaatkan kemudahan yang telah kita perolehi dengan sebaik-baiknya. 

Pemakanan zaman milenia ini pula semakin "HEBAT dan SEGERA" sesuai dengan generasi milenia kini yang sentiasa sibuk dengan urusan seharian sehingga nak masak kat rumah pun tak sempat.....makanya makanan2 SEGERA menjadi pilihan untuk seisi keluarga....kita juga sedia maklum...makanan SEGERA @ Express ini mengandungi LEMAK, KOLESTEROL, GULA, PERISA dan PENGAWET tambahan. Tidak salah kalau nak ambil makanan segera, tetapi jangan le tiap-tiap hari.....dapat sebulan 1@2 kali pun dah memadai untuk kita....

Bukannya mudah untuk mengubah GAYA HIDUP dan PEMAKANAN kita....ia perlukan disiplin dan komitmen yang tinggi bagi memastikan tahap kesihatan dan kecergasan kita dalam keadaan yang baik.






Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....


Alhamdullilah.....dapat memulakan hari ini dengan nikmat kesihatan daripada Allah SWT yang berterusan.....masih dapat melihat matahari memancarkan sinaran cahayanya....masih dapat menghirup udara yang segar dan masih boleh melakukan aktiviti harian dengan kudrat yang Allah SWT berikan kepada saya....Saya juga mendoakan anda semua sentiasa sihat dan cergas seperti sedia kala.

Apa perasaaan anda jika bangun pagi-pagi tetiba anda rasa tak boleh nak gerakan kaki @  tangan, @ badan anda?  Mesti anda akan bersedih dan susah hati kan? Kenapa aku jadi begini? Betapa pentingnya kesihatan dan kecergasan untuk kita pelihara dan jaga agar kita sentiasa boleh melakukan apa sahaja yang kita kehendaki. 

Saya teringat akan sebuah hadis yang meminta kita menjaga dan menggunakan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara yang berbunyi seperti dibawah:  

Rasulullah Shalallahu'Alai hi Wasalam, bersabda
إِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَا بَكَ قَبْلَ هَرَ مِكَ ، وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ ، وَ غِنَا كَ قَبْلَ فَقْرِ كَ ، وَ فَرَا غَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ ،وَ حَيَا تَكَ قَبْلَ مَوْ تِكَ
“Gunakanlah yang lima sebelum datang yang lima: Masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum datang masa miskinmu, masa lapangmu sebelum datang masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang kematianmu.”
(HR Al-Hakim; sanadnya shahih)


Berdasarkan hadis diatas dapat dikatakan bahawa kita dianjurkan untuk menjaga kesihatan sebaik-baiknya agar dapat meneruskan kehidupan dan dapat beramal dengan sebaiknya. Mencegah sesuatu penyakit daripada berlaku adalah lebih baik daripada mengubati penyakit tersebut.

Untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan, terdapat pelbagai cara boleh dilakukan iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas, menjaga pemakanan dan tabiat makan, sentiasa melakukan senaman dan riadah dan banyakkan berdoa memohon kepada Allah SWT agar sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan.





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Alhamdullilah...buat pertama kalinya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penggunjung yang datang ke blog saya ni.....

Insya Allah....melalui blog ini saya akan berkongsi pelbagai pengetahuan, pengalaman, cerita, panduan, tips, rahsia, idea dan sebagainya dengan anda semua. Perkongsian ini melibatkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan kita secara keseluruhannya...komen dan respons daripada anda semua di alu-alukan bagi menambah baik entri yang saya kongsikan bersama anda....

Saya berkongsi dengan anda dengan tujuan supaya apa saja ilmu2 dan pengalaman yang saya ada dapat disampaikan kepada anda dan semoga dapat memberi manfaat dan berguna untuk anda.

Sekian untuk kali ini sebagai pembuka bicara dan Sambut lah Salam perkenalan kepada anda semua.

Terima kasih.